28 November 2022

Alliance Bank Membina Ikatan Kukuh Untuk Membantu PKS Melaksanakan ESG Dalam Perniagaan Mereka.

Press Release

Kuala Lumpur, 28 November 2022 - Alliance Bank sedang melaksanakan kempen terbaru dinamakan “BeESG” yang bertujuan untuk memacu pelbagai inisiatif bagi membantu perniagaan kecil dan besar. BeESG membantu perniagaan membina kelebihan daya saing menerusi penerimaan amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (Environment, Social and Governance, ESG) untuk menjadi sedia perdagangan mampan.

Logo kempen BeESG yang baru diperkenalkan

Kempen ini dimulakan dengan penyertaan bank dalam United Nations Global Compact (UNGC), inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia, dalam rangkaian Malaysia dan Brunei yang terdiri daripada 182 peserta sehingga kini.

Langkah ini menandakan komitmen Alliance Bank terhadap usaha ESG di mana bank merupakan satu-satunya institusi kewangan yang mempunyai perkongsian strategik dengan UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), Bursa Malaysia dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

Bank turut meraikan satu lagi inisiatif utama dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dengan UNGCMYB. Alliance Bank merupakan institusi kewangan Malaysia pertama yang mencapai kerjasama ini untuk mendekati perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai program untuk memperkasakan PKS, bagi menerima ESG dalam amalan perniagaan mereka.

Ikatan strategik ini memberi tumpuan kepada platform UNGCMYB untuk mendekati PKS. Platform yang dinamakan Action Centre for Sustainable SMEs (“ACCESS”) menyediakan pelbagai alat dan sumber untuk PKS meningkatkan agenda kemampanan mereka.

“PKS merupakan tulang belakang ekonomi negara. Apa sahaja yang mereka lakukan akan memberikan kesan berganda terhadap komuniti dan persekitaran. Kami di Alliance Bank percaya bahawa ESG mampu memberi kelebihan daya saing kepada perniagaan untuk membina cadangan yang unik dan menguntungkan selain menambah nilai dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan bumi yang kita diami,” kata Dr Aaron Sum, Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank.

Beliau menambah bahawa dengan menerapkan amalan ESG seawal mungkin membantu mengukuhkan kedudukan perniagaan untuk merebut lebih banyak peluang dan menjadikan syarikat mereka lebih berdaya tahan.

“Matlamat kami adalah untuk menawarkan mereka sokongan kewangan dan bukan kewangan, nasihat dan latihan melalui rakan kongsi kami di mana mereka mempunyai akses kepada semua sokongan yang mereka perlukan. Langkah ini membantu mengurangkan halangan untuk perniagaan menerima pakai kemampanan,” beliau berkata.

“Memiliki institusi kewangan pertama kami sebagai rakan kerja dalam usaha untuk membantu perniagaan melaksanakan amalan kemampanan akan meningkatkan ekosistem yang sedia ada demi menjadikan penggunaan ESG sebagai nilai tambah yang jelas,” kata Faroze Nadar, Pengarah Eksekutif UNGCMYB, sambil menambah bahawa PKS mempunyai peluang yang luas apabila memanfaatkan amalan mampan termasuklah meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi mereka.

Beliau juga berkata bahawa amalan kemampanan juga dikaitkan dengan prestasi kewangan yang lebih baik dan daya tahan serta daya saing perniagaan berjangka panjang.

“Ia juga membantu memajukan sumbangan perniagaan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mewujudkan ekonomi yang lebih mampan,” katanya lagi.

Alliance Bank turut memperkasakan PKS dalam usaha mereka untuk menerima pakai kemampanan melalui Alliance Bank BizSmart® Solution, sebuah portal komuniti perniagaan-ke-perniagaan, di mana mereka mempunyai akses kepada rangkaian penyelesaian mampan yang luas pada kadar keutamaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang portal Alliance Bank BizSmart® Solution, sila layari https://bizsmartsolution.alliancebank.com.my dan untuk maklumat lanjut tentang UNGCMYB, sila layari www.ungcmyb.org.