Pemegang Kad yang Dihormati,
Kami telah mempertingkatkan ciri-ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Infinite dan Kad Kredit Alliance Privilege Visa Signature ("Kad").
Pemegang Kad Utama kini boleh menikmati akses percuma ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia dan/atau Plaza Premium First di seluruh dunia. Manfaat yang dipertingkatkan ini akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut tentang manfaat yang dipertingkatkan ini.
Jenis Kad | Kelayakan | Lokasi |
---|---|---|
Kad Kredit Alliance Bank Visa Infinite | 2X akses setiap tahun kalendar | i.Plaza Premium Lounge seluruh dunia |
Kad Kredit Alliance Privilege Visa Signature | 4X akses setiap tahun kalendar | i.Plaza Premium Lounge seluruh dunia ii.Plaza Premium First seluruh dunia |
Untuk mengakses lounge, Pemegang Kad Utama mesti menunjukkan pasport dan/atau MyKad, Kad Kredit Alliance Bank Visa Infinite dan/atau Kad Kredit Alliance Privilege Visa Signature dan pas masuk yang sah.
Tiada sebarang perubahan kepada faedah dan ciri-ciri Kad sedia ada yang lain.
Sila klik di sini untuk senarai lengkap lounge lapangan terbang yang mengambil bahagian.
Terima kasih.