08 February 2023

Pindaan Perjanjian Pemegang Kad Alliance Bank

Announcement

ENBM
8 Februari 2023

Pemegang Kad yang Dihormati,

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Perjanjian Pemegang Kad Alliance Bank (“Perjanjian”) telah dikemas kini.

Klausa-klausa berikut telah dikemas kini dan Perjanjian yang dikemas kini akan berkuat-kuasa mulai 1 Mac 2023.
 
Item Klausa Sedia Ada Klausa Baru
6.1.1 Pulangan Tunai Tambahan akan dikreditkan untuk Visa Signature Alliance Privilege Ahli Kad Utama dengan perbelanjaan minimum RM120,000 setahun, berdasarkan jumlah Aset Di Bawah Pengurusan. Pulangan Tunai akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad Utama pada bulan berikutnya, setelah selesai tahun kalendar.
 
Peringkat Kadar Pulangan Tunai Tambahan Aset Di Bawah Pengurusan (RM)
1 0.5% 300,000 keatas
2 1.0% 500,000 keatas
3 2.0% RM1 juta keatas
4 3.0% RM3 juta keatas
Pulangan Tunai Tambahan akan dikreditkan ke dalam Kad Kredit Visa Signature Alliance Privilege tertakluk kepada memenuhi syarat perbelanjaan runcit minimum sebanyak RM120,000 setahun. Pulangan Tunai Tambahan diberikan kepada Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege secara berperingkat berdasarkan jumlah purata tahunan Aset Di Bawah Pengurusan (“AUM”) berdasarkan Jadual 1 di bawah. Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege dikehendaki mengekalkan baki AUM setelah selesai tahun kalendar. Perbelanjaan runcit minimum sebanyak RM120,000 setahun ditakrifkan sebagai perbelanjaan runcit terkumpul dalam tempoh 12 bulan setelah selesai tahun kalendar dan merujuk kepada jumlah perbelanjaan runcit kedua-dua kad utama dan tambahan Visa Signature Alliance Privilege. Pulangan Tunai Tambahan akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad Utama pada bulan berikutnya, setelah selesai tahun kalendar.

Jadual 1
Peringkat Kadar Pulangan Tunai Tambahan Purata Tahunan Aset Di Bawah Pengurusan (RM)
1 0.5% 300,000 keatas
2 1.0% 500,000 keatas
3 2.0% RM1 juta keatas
4 3.0% RM3 juta keatas


Gambaran Pulangan Tunai Tambahan:-

Contoh 1 – Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege ialah pelanggan Alliance Privilege sedia ada yang memenuhi syarat minimum purata tahunan AUM dan mengekalkan baki AUM setelah selesai tahun kalendar. Jumlah perbelanjaan runcit ialah RM120,000 setahun.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
Jumlah AUM / RM 1.0 juta 1.5 juta 1.5 juta 1.5 juta 1.5 juta 2.0 juta 2.5 juta 2.5 juta 2.5 juta 2.5 juta 2.7 juta 2.9 juta
 
Purata tahunan AUM RM2,050,000
Kadar Pulangan Tunai Tambahan 2.0%
Perbelanjaan runcit setahun RM120,000
Pulangan Tunai Tambahan RM2,400


Contoh 2 – Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege ialah pelanggan Alliance Privilege baru dalam bulan September yang memenuhi syarat minimum purata tahunan AUM dan mengekalkan baki AUM setelah selesai tahun kalendar. Jumlah perbelanjaan runcit ialah RM200,000 setahun.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
Jumlah AUM / RM - - - - - - - - 300,000 500,000 800,000 1.1 juta
 
Purata tahunan AUM RM675,000
Kadar Pulangan Tunai Tambahan 1.0%
Perbelanjaan runcit setahun RM200,000
Pulangan Tunai Tambahan RM2,000


Contoh 3 – Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege ialah pelanggan Alliance Privilege sedia ada yang memenuhi syarat minimum purata tahunan AUM tetapi tidak mengekalkan baki AUM setelah selesai tahun kalendar. Jumlah perbelanjaan runcit ialah RM300,000 setahun.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
Jumlah AUM / RM 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta 1.0 juta - -
 
Purata tahunan AUM RM833,333
Kadar Pulangan Tunai Tambahan 1.0%
Perbelanjaan runcit setahun RM300,000
Pulangan Tunai Tambahan Tiada


Contoh 4 – Ahli Kad Visa Signature Alliance Privilege ialah pelanggan Alliance Privilege sedia ada yang yang tidak memenuhi syarat minimum purata tahunan AUM tetapi mengekalkan baki AUM setelah selesai tahun kalendar. Jumlah perbelanjaan runcit ialah RM150,000 setahun.
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
Jumlah AUM / RM 200,000 1.0 juta 300,000 500,000 50,000 300,000 20,000 30,000 500,000 25,000 20,000 350,000
 
Purata tahunan AUM RM274,583
Kadar Pulangan Tunai Tambahan Tiada
Perbelanjaan runcit setahun RM150,000
Pulangan Tunai Tambahan Tiada


Terima kasih.