06 January 2025

Monthly Submission of Statement Inter-company Account by Resident Companies

Announcement

This served as reminder that Bank Negara Malaysia (BNM) is requiring all resident companies with annual gross export value of RM50 million and above in goods or services (based on the latest calendar year) and netting arrangement with non-resident counterpart to submit monthly report on their Inter-company Account transactions (Statement IA) to Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia by 15th of the following month, for statistical compilation purposes.

Resident company that fulfills both criteria as stated above is required to contact the Cash BOP Reporting team in BNM via e-mail at cashbop@bnm.gov.my to initiate the submission of Statement IA through BNM’s External Sector Statistics Portal.

In addition to submission of Statement IA through BNM’s External Sector Statistics Portal, Resident companies are required to notify Alliance Bank of every Inter-Company Account (“IA”) transaction by indicating on the Remittance Application Form (“RAF”).

For customers who perform remittance transactions via BizSmart®, customers are required to select 17010 under “Purpose of Payment” field for all IA transactions.

Sample of Statement IA is available in Alliance Bank’s Corporate Website.




-----------------------------------------------------------

 

Pengemukaan Penyata Bulanan bagi Akaun Antara Syarikat oleh Syarikat Pemastautin

 

Ini merupakan peringatan bahawa Bank Negara Malaysia (“BNM”) menetapkan bahawa semua syarikat pemastautin yang mempunyai nilai eksport kasar barangan dan perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 juta ke atas (berdasarkan tahun kalendar terkini) serta penyelesaian bersih dengan rakan niaga bukan pemastautin untuk mengemukakan laporan bulanan berkenaan urus niaga Akaun Antara Syarikat mereka (Penyata IA) kepada Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia sebelum 15 hari bulan pada bulan yang berikutnya, bagi tujuan kompilasi statistik.

Sekiranya anda memenuhi kriteria yang tersebut di atas, anda perlu menghubungi pasukan Pelaporan Imbangan Pembayaran Berasaskan Tunai (Cash BOP) di BNM melalui e-mel di cashbop@bnm.gov.my untuk memulakan pengemukaan Penyata IA melalui Portal Statistik Sektor Luar BNM.

Di samping pengemukaan Penyata IA melalui Portal Statistik Sektor Luar BNM, anda juga perlu memaklumkan setiap transaksi Akaun Antara Syarikat (“IA”) kepada Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad dengan menyatakannya pada Borang Permohonan Pengiriman Wang (“RAF”).

Sekiranya anda melaksanakan transaksi pengiriman wang menerusi BizSmart®, anda perlu memilih 17010 di bawah bidang “Tujuan Pembayaran” untuk semua transaksi IA.

Contoh Penyata IA boleh didapati di Laman Web Korporat Alliance Bank.